PEJABAT KESIHATAN DAERAH KEMAMAN
Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024
Bermula 1 Oktober 2024, semua produk merokok perlu didaftarkan kepada KKM bagi mendapatkan kelulusan sebelum boleh diedarkan di pasaran.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bermula 30 September 2024
Mpox merupakan penyakit yang berpunca daripada virus monkeypox. Virus ini boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan. Ia juga boleh merebak melalui kontak secara langsung dengan peralatan yang telah dicemari cecair lepuh daripada individu yang dijangkiti mpox.
* KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
* Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki.
👉 Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox.
* Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.
💥𝐏𝐒𝐎𝐑𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓
Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik.
Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.
Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.
❤️Tabiat kehidupan yang sihat dengan berhenti merokok, mengawal obesiti, menangani stres dengan baik, juga boleh membantu.
Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis Malassezia.
Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti leher, dada dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh. Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat.
𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗴𝗮𝘀𝘁𝗿𝗶𝗸❓ 🔥🔥
Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut.
Fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, sama ada ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.
Oleh itu, ketahui punca dan sebab-sebab yang menyebabkan gastrik berlaku agar ia boleh membantu anda dalam menyeimbangkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan berlakunya gastrik.
Tikus 🐀 merupakan spesis haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil rodensia. Kawalan tikus boleh memberi kesan kepada kesihatan awam.
𝗪𝗮𝘀𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗸𝘂𝘀‼️
⚠️ Penyakit bawaan ini boleh dijangkiti melalui kontak dengan air tercemar serta pengambilan air dan makanan tercemar dengan kencing dan najis tikus.
‼️Ambil langkah pencegahan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan anda dan keluarga.
Kurma adalah sangat digalakkan diambil ketika bersahur dan berbuka.
Dikongsikan khasiat dan kebaikan kurma untuk tubuh badan.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Tidak semua pesakit diabetes sesuai untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Ini kerana, puasa bagi pesakit diabetes berkemungkinan boleh menjejaskan paras gula darah mereka menjadi tidak terkawal.
Antara simptom gula dalam darah rendah adalah menggigil, sakit kepala, pening, kerap berpeluh, degupan jantung pantas dan warna kulit pucat.
Namun, bagi mereka yang ingin berpuasa, sila lihat tip puasa untuk pesakit diabetes ini bagi mengelakkan gula dalam darah dari menjadi tidak terkawal.
HEBAHAN KEPADA SEMUA PELANGGAN KLINIK KESIHATAN BATU 2 1/2
Untuk makluman, penghawa dingin di klinik sedang dalam proses penyelenggaraan. Justeru itu, pihak klinik ingin memohon maaf atas ketidakselesaan yang berlaku akibat suasana cuaca panas ketika ini.
Pihak klinik juga kini dalam usaha mengatasi masalah ini bagi keselesaan semua pelanggan.
Dengan peningkatan pelanggan yang hadir ke klinik, para pelanggan adalah disarankan agar mendapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu sebelum hadir ke klinik bagi mengelakkan kesesakan di dalam klinik. Janji temu ini boleh dibuat menerusi MySejahtera (kecuali pelanggan yang telah mempunyai tarikh janji temu dan juga kecemasan).
Di musim cuaca panas ini juga, orang ramai adalah dinasihatkan agar menjaga kesihatan dengan mengelakkan diri daripada berada bawah cuaca panas dan minum air kosong secukupnya.
Salam Sihat Warga Kerteh
Program Pengurusan Berat Badan;
I Fit & Eat Right (IFitEr) kini kembali bagi Sesi 1/2024
Bagi yang berminat untuk sertai boleh isi maklumat melalui Borang Pendaftaran
- Boleh Scan QR Code di Poster, atau
- Klik link
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSe9b5blpiiCXS.../viewform
Seperti sesi sebelum ini, peserta akan dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu ;
- Weekdays (Ahad - isnin)
- Weekend (Jumaat)
Peserta juga akan dibahagi kepada 2 Coach ;
- Team #CoachMuja
- Team #CoachWarith
Setiap team turut dibantu oleh :
- Coach Liza
- Coach Julie & Coach B
- Coach SuRi
- PSP & Dietetik
Menariknya untuk sesi kali ini, selain hadiah kepada pemenang (individu) akan ada juga hadiah kepada Team Terbaik
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan Penurunan % Lemak
Peserta-peserta dari sesi yang lepas boleh sertai untuk sesi kali ini kecuali ;
- Peserta yg telah dipilih m’jadi Coach
- BMI >26
Peserta yang telah mendaftar & terpilih perlu hadir bagi sesi taklimat & saringan kesihatan/kecergasan pada :
- 7/3 (Khamis) atau 8/3 (Jumaat)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi ;
- Pn Wani : 0183703755
- Coach Muja : 0139880928
- Coach Warith : 0193717112
KEPENTINGAN DAN KEPATUHAN KEPADA UBAT-UBATAN
Kepatuhan pengambilan ubat adalah sangat penting supaya kesan terapeutik ubat yang diingini tercapai. Kefahaman yang jelas tentang kepentingan pengambilan ubat akan meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubat yang diambil.
Langkah Meningkatkan Kepatuhan Kepada Ubat-ubatan
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kepatuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan:
Antaranya adalah memahami penjelasan daripada doktor atau ahli farmasi. Pemahaman yang baik berkaitan penyakit dan ubat-ubatan yang diambil boleh meningkatkan kepatuhan ubat.
Selain itu, pengetahuan ini boleh didapati daripada bacaan pada maklumat sisipan bungkusan, informasi pada label ubat dan sesi kaunseling dengan ahli farmasi.
Kepatuhan terhadap terapi ubat-ubatan adalah sangat penting untuk memastikan masalah kesihatan pesakit dapat dikawal dan diatasi.
Selain daripada rawatan optima yang diberikan oleh ahli profesional kesihatan, pesakit juga perlu patuh terhadap arahan pengambilan ubat-ubatan yang diberikan.
Tahukah anda?
30-50% kanser boleh dicegah dengan mengamalkan budaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Oleh itu, pemeriksaan secara berkala melalui ujian saringan dapat mengesan kanser pada peringkat awal. Rawatan boleh diberikan dengan segera dan menyelamatkan nyawa.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 𝟰 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟱 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 yang berusia 16 𝙩𝒂𝙝𝒖𝙣 𝙠𝒆 𝒂𝙩𝒂𝙨 adalah TIDAK AKTIF.
Aktiviti fizikal yang mencukupi sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Anak- anak ketagih dengan Gajet
Ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.
Elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.
Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.
Ayuh! Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat
Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini.
Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil.
Terus mengamalkan 𝐓𝐑𝐈𝐈𝐒 :
𝐓𝐞𝐬𝐭
𝐑𝐞𝐩𝐨𝐫𝐭
𝐈𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭𝐞
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦
𝐒𝐞𝐞𝐤
Sebagai langkah pencegahan kesihatan awam demi kesejahteraan bersama
TAHUKAH ANDA??
Musim hujan yang berselang seli dengan cuaca panas merupakan keadaan yang menggalakkan serta ideal bagi nyamuk Aedes membiak.
Kaedah terbaik bagi mencegah denggi adalah dengan mencari & memusnahkan tempat/bekas yang berpotensi menakung air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sekiranya terdapat penemuan pembiakan aedes, kompaun maksima RM500 boleh dikenakan.
Segeralah dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya mengalami simptom demam denggi.
Putuskan rantaian jangkitan demam denggi. Hapus aedes, cegah denggi tanggungjawab bersama.
Pesanan daripada:
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman
Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman mengucapkan Selamat Hari Sukarelawan kepada semua sukarelawan MyChampion COMBI Kemaman serta semua sukarelawan MyChampion KOSPEN, Panel Penasihat Klinik Kesihatan dan Duta Ubat.
Semoga segala khidmat bakti yang diberikan dengan penuh keikhlasan mendapat ganjaran olehNya serta memberi manfaat kepada masyarakat dan juga negara
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga PESAKIT TERLANTAR DAN PESAKIT HEMODIALISIS,
Bersedia awal untuk memindahkan pesakit !
Memastikan kelengkapan peribadi, buku rekod kesihatan dan ubatan disediakan.
Dapatkan bantuan dari mana-mana pihak sekiranya perlu. Keluarga kita tanggungjawab kita.
#SiapsiagaKesihatanBanjirKemaman2023
Anda petugas atau sukarelawan bantuan bencana banjir?
Lakukan perkara berikut bagi perlindungan diri semasa bertugas.
CEGAH LIPAS, LALAT DAN TIKUS SEMASA BANJIR
Semasa banjir, pelbagai penyakit boleh berlaku disebabkan oleh lipas, lalat dan tikus. Sentiasa pastikan dan lakukan perkara berikut:
Tutup tong sampah
Tutup makanan dengan sempurna
Lap dan bersihkan meja selepas makan
Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
Jangan buang sisa makanan merata-rata
Kenal pasti kawasan hurungan
Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih
CEGAH PENYAKIT KULIT BAWAAN AIR BANJIR
Air banjir yang tercemar boleh menyebabkan:
Jangkitan pada luka sedia ada
Ruam / alahan pada kulit
Cegah penyakit kulit dengan:
Elakkan terdedah kepada air banjir jika terdapat luka
Cuci luka guna sabun dan air bersih
Balut luka yang telah dibersihkan dengan pembalut kalis air
Segera dapatkan rawatan jika:
Terdapat bendasing pada luka seperti kayu, logam, tanah atau benda lain
Gigitan binatang seperti ular, tikus dan lain-lain binatang berbisa
Luka bertambah sakit, membengkak, kemerahan atau mengalami demam
TIPS KESELAMATAN MAKANAN UNTUK CEGAH KERACUNAN SEMASA BANJIR
TIPS KESELAMATAN MAKANAN UNTUK CEGAH KERACUNAN SEMASA BANJIR
#SiapsiagaKesihatanBanjirKemaman2023
Bagi IBU HAMIL, buatlah persiapan yang rapi sebelum banjir.
Ibu hamil yang hampir bersalin SEGERA maklumkan kepada fasiliti kesihatan yang berdekatan !
Lakukan perkara berikut semasa arahan berpindah:
BAWA BUKU REKOD KESIHATAN IBU
-Ini bagi memudahkan petugas perubatan membuat semakan kesihatan sepanjang kehamilan.
KEMASKAN DAN BAWA KEPERLUAN PERIBADI
-Kemas dan asingkan keperluan peribadi ibu dan bayi seperti lampin pakai buang, pakaian bayi dan lain-lain.
BAWA BEKALAN UBAT SEDIA ADA
-Letakkan ubat dalam bekas khas bagi memudahkan pengambilan ubatan dan bagi memudahkan petugas perubatan membuat semakan ubat jika perlu semasa di pusat pemindahan sementara.
#SiapsiagaKesihatanBanjirKemaman2023
Bagi PESAKIT KRONIK, buatlah persiapan sebelum banjir.
Lakukan perkara berikut semasa arahan berpindah:
Bawa buku rekod kesihatan
-Ini bagi memudahkan petugas perubatan membuat semakan sejarah penyakit dan ubatan.
Kemaskan dan bawa keperluan peribadi
-Kemas keperluan peribadi terutama jika pesakit menggunakan keperluan khas seperti lampin pakai buang, susu, sabun dan lain-lain keperluan.
Bawa bekalan ubat sedia ada
-Letakkan ubat dalam bekas khas bagi memudahkan pesakit mengambil ubatan dan bagi memudahkan petugas perubatan membuat semakan ubat jika perlu semasa di pusat pemindahan sementara.
Ahli keluarga pesakit boleh dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan bantuan khas seperti pesakit terlantar (bed ridden).
TIPS MENYIMPAN DAGING KORBAN DENGAN CARA YANG BETUL
Sempena Hari Raya Aidiladha, sesetengah umat Islam menjalankan ibadah korban seperti yang disyariatkan. Seterusnya, daging korban tersebut akan diagihkan sesama umat Islam terutamanya kepada fakir miskin.
Sehubungan itu, penyimpanan daging korban yang betul perlu dititikberatkan untuk mengelakkannya daripada dicemari kuman, bendasing dan bahan pencemar yang lain.
Oleh itu, umat Islam yang menerima daging korban disarankan untuk mematuhi saranan penyimpanan daging korban yang betul bagi mengekalkan kualiti, kebersihan dan kesegarannya sepanjang tempoh penyimpanan. See less
CEGAH STROK HABA DAN KEKAL HIDRASI DI BULAN RAMADHAN
Tips Cegah Strok Haba & Kekal Hidrasi Di Bulan Ramadhan.
Cuaca panas boleh mengakibatkan 'kelesuan haba' atau lebih teruk boleh menjadi 'strok haba'.
Antara tanda-tanda strok haba adalah:
Peningkatan suhu badan mencapai 41°C
Degupan jantung menjadi cepat
Pernafasan cepat & pendek
Tekanan darah menurun
Badan kering & panas
Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
Rasa kepala berpusing & pening
Rasa mual
Sawan atau pengsan
ADUAN MEROKOK
Bagaimana aduan MEROKOK boleh dibuat?
Kredit: Unit Inskpektorat & Perundangan PKD Kemaman
Pemberian dos penggalak (booster dose) secara WALK IN di klinik kesihatan.
Terus kekal amalkan 3W
Wash -basuh tangan dengan sabun/hand sanitize
Wear -Pakai pelitup muka dengan sempurna
Warn -Ingat dan ambil tindakan tanda-tanda amaran seperti gejala (lakukan TRIIS), arahan semasa kesihatan
Terus kekal elakkan 3C/3S
Crowded place -Elak tempat sesak
Confined space -Elak tempat sempit
Closed conversation -Sembang secara dekat tanpa pelitup muka
Tidak semua pesakit diabetes sesuai untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Ini kerana, puasa bagi pesakit diabetes berkemungkinan boleh menjejaskan paras gula darah mereka menjadi tidak terkawal.
Antara simptom gula dalam darah rendah adalah menggigil, sakit kepala, pening, kerap berpeluh, degupan jantung pantas dan warna kulit pucat.
Namun, bagi mereka yang ingin berpuasa, sila lihat tip puasa untuk pesakit diabetes ini bagi mengelakkan gula dalam darah dari menjadi tidak terkawal.