LAMAN UTAMA

Facebook

Facebook Rasmi PKD Kemaman

Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman

24000 Kemaman

Terengganu Darul Iman

No Tel: 09-8591330

Selamat Hari Kebangsaan Ke-67


"Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka"


Bebaskan diri kita dari pengambilan gula berlebihan, cegah penyakit tidak berjangkit.

#WarOnSugar


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M kepada seluruh umat Islam.


Kian berlabuh tirai Ramadan

Lambaian Syawal kian dinanti

Makanlah secara sihat & tidak berlebihan

Kesihatan terjaga nikmat Aidilfitri dirai


Kepada anggota yang bertugas di hari raya, semoga segala pengorbanan diberkati oleh Allah s.w.t


Ikhlas daripada:

Dr. Mohd Shafik Abd. Majid

Pegawai Kesihatan Daerah

Serta Seluruh Warga Kerja

Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman  

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1445H | 2024M kepada seluruh umat Islam

Di bulan yang mulia ini, sama-sama kita mengubah gaya hidup kepada lebih sihat 


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ... bulan penuh rahmat dan barakah, selamat menjalani ibadah puasa


Di musim cuti perayaan, dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung atau destinasi percutian bagi mengelakkan microsleep.

Makan secara sihat dan jangan lupa untuk melakukan aktiviti fizikal.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina.


Menelusuri sirah Rasulullah dengan memperingati peristiwa Israk Mikraj.

Semoga iktibar semangat spiritual terus menular dalam keperibadian setiap insan.


Skim Perubatan MADANI 2024 kepada yang layak.

Semak kelayakan:

https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.


Tahniah Klinik Kesihatan Kemasik yang telah menerima Anugerah Best Practice Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) 2023.

Anugerah pengiktirafan ini disampaikan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Dr Hjh Kasemani Embong dan Dr Nik Hazwani, penyelaras PKMR KK Kemasek, Kemaman


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan.

Semoga dengan kepimpinan beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memacu kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk kesejahteraan rakyat.

Selamat datang dan selamat bertugas YBMK


HENTIKAN TABIAT MAKAN LEWAT MALAM

Elakkan tabiat makan lewat malam bagi mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan ideal. Waktu yang sesuai untuk makan malam adalah antara pukul 6 petang sehingga 8 malam.

Amalkan pengambilan makanan mengikut waktu yang teratur setiap hari bagi menjamin fungsi tubuh yang optimum.

Jom, hentikan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini