Penyakit Tidak Berjangkit
Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.
Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma.
Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.
KANSER
Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.
Kami kongsikan tip penurunan berat badan:
Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu :
Tetapkan corak pemakanan yang seimbang #SukuSukuSeparuh dan hadkan pengambilan kalori
Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam
Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat
Kanser serviks berlaku apabila sel-sel di dalam dinding serviks berubah menjadi malignan.
Pada peringkat awal kanser, wanita yang mengalami kanser serviks biasanya tidak mengalami sebarang gejala.
Oleh itu, pemeriksaan secara berkala melalui ujian calitan Pap perlu dilakukan bagi membolehkan sel-sel pra kanser dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh diberikan.